“Anggap Kami Penghibur Bukan Penyanyi..” – The Gadys Akui ‘Koyak’ Baca Komen, ‘Key’ Lagu Punca Persembahan Dikritik

Hiburan

“Anggap Kami Penghibur Bukan Penyanyi..” – The Gadys Akui ‘Koyak’ Baca Komen, ‘Key’ Lagu Punca Persembahan Dikritik

Masih lagi menjadi topik bualan netizen selepas persembahan di anugerah KNKV, kumpulan The Gadys mengakui menerima kritikan yang dilontarkan oleh orang ramai dengan hati yang terbuka dan sedar dengan kekurangan yang ada.

Tak buka komen kerana ‘koyak’

Menurut kata anggota The Gadys, Aznie dan Ayunie ketika ditemu bual, mereka hingga tidak sanggup ingin membuka ruangan komen di media sosial kerana terkejut dan sedih apabila dikecam oleh warganet. Kata Aznie, dia tidak menafikan mereka agak terkesan oleh kontroversi tersebut.

Advertisement

Kalau nak sedih, nak koyak, sampai bila. Janganlah cakap kami tak sedih, kami pun manusia biasa.

 

Saya memang tak buka komen, tak boleh nak baca. Sebab sedih, koyak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Gadys (@thegadys)

Tak boleh bawa key asal lagu.

Bukan itu sahaja, apabila ditanya soal masalah teknikal yang dihadapi mereka ketika persembahan tersebut, The Gadys menerangkan sebab mereka tidak mampu membuat persembahan secara sempurna adalah kerana masalah key lagu yang telah diubah sehari sebelum persembahan.

Katanya, kumpulan penyanyi tersebut tidak mampu membawa lagu yang dinyanyikan itu dengan key asal dan harus direndahkan.

Sebenarnya kami dah dapat minus one yang sebenar dan kami dah training. Namun bila sound check, key dia dah bertukar pada key penyanyi asal dan kami tak mampu.

 

Sebab sound check itu sehari sebelum perform jadi kami taknak susahkan mana-mana pihak. Kami anggap ini kerja dan takkan susahkan.

 

Sejujurnya kami bukanlah penyanyi yang profesional ataupun penyanyi yang solid. Kami juga lihat diri kami sebagai lebih kepada entertainer atau penghibur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Gadys (@thegadys)

Tambahan pula, mereka turut menjelaskan demi memperbaiki diri mereka, The Gadys akan ke kelas vokal dan belajar lebih lagi bagi menampilkan persembahan yang lebih baik di masa akan datang buat para penonton.

the gadys kekwat
2 months ago

Respon Pasal Kritikan Suara Tak Sedap, Ahli The Gadys Dilabel 'Bitchy' & 'Kekwat' - "Belum Apa Apa Dah Sombong"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...