Puteri Sarah Liyana tidak melepaskan peluang untuk ke konsert penyanyi terkenal dari negara seberang, Cakra Khan yang berlangsung malam tadi di mana ia dihadiri ramai peminat termasuk selebriti tanah air.
Menerusi beberapa Instagram story, Sarah yang menggayakan gaun dan tudung hitam itu dilihat menghadiri konsert tersebut bersama ibu, pengurus serta pembantu peribadinya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila dia memuat naik gambar bersama penyanyi lelaki, MK daripada kumpulan K-Clique yang turut hadir ke konsert tersebut.
Menerusi ruangan komen, sesetengah netizen menegur dan mengingatkan Sarah untuk menjaga batasnya kerana masih bergelar isteri kepada Syamsul Yusof. Bagaimanapun, ada individu yang menggelar Sarah ‘penyondol’ memandangkan MK sudah mempunyai kekasih hati.
Meskipun begitu, Sarah tidak berdiam diri dan sempat membalas komen sindiran daripada individu di sebalik fake account tersebut selepas dirinya digelar ‘penyondol’ teman lelaki orang lain.
Kalau nak menyondol dia tak tunjuk dekat orang ramai kat konsert. Ibu saya ada sebelah, my PA, manager semua sebelah. Cuba lagi please.”