“Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luahan Puteri Sarah Buka Mata Ramai Wanita

Hiburan

“Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luahan Puteri Sarah Buka Mata Ramai Wanita

Puteri Sarah Liyana meluahkan dia mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk kembali bekerja namun dia nekad apabila nampak ‘masalah’ tiba.

Menerusi perkongsian bersama Neelofa dalam siaran langsung, pelakon berusia 37 tahun itu mendedahkan dia berkorban dan tinggalkan kariernya untuk fokus menjadi suri rumah selepas bernikah dengan Syamsul Yusof.

Advertisement

Masa nak kahwin, I buang semua. I korbankan semuanya, memang I buang karier I semua dan fokus jadi suri rumah. Jadi suri rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Enam tahun tau saya jadi suri rumah.”

 

Takut berlaku apa-apa, mahu ada simpanan sendiri

Cerita Sarah lagi, segelintir pihak menyalahkannya (masalah rumah tangga) kerana sibuk bekerja namun sebenarnya dia baru saja bermula untuk kembali bekerja selepas menyepi enam tahun.

Namun, dia nekad untuk mempunyai kerjaya dan duit simpanan sendiri apabila sudah nampak ‘masalah’ tiba kerana risau apa-apa berlaku kepadanya.

Sebenarnya, saya ambil masa lama sangat untuk buat keputusan itu sebab saya ditanggung oleh suami. Saya tak bekerja. Enam tahun saya duduk rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Saya tak kerja.”

@amyqashrina

Disuruh duduk rumah jaga anak diikutkan. Dilayan buruk didiamkan. Orang tua dimuliakan. Hubungan dengan mertua dijaga rapi tidak menyalahkan. Anak-anak dididik baik, sebaik-baik cita-cita didoakan.#bestrong #fighter #puterisarahliyana #puterisarah #selebriti #viral #irakazar #syamsulyusof

? original sound – Amy Qashrina II – Amy Qashrina Legacy

Perkongsian Sarah itu mengundang rasa sebak ramai netizen yang menonton dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Sarah apabila dia mengatakan wanita perlu ada duit sendiri.

Ramai yang meluahkan tentang pengorbanan wanita selepas berkahwin kerana mahu fokus menjaga rumah tangga, suami dan anak-anak.

Malah, segelintir daripada mereka berkata sebenarnya apa yang Sarah lalui itu adalah realiti sebenar ramai wanita lain turut rasakan.

1 year ago

Babak 'Sweet' Dengan Syaikhul Raih Perhatian, Netizen Sebak Tengok Sarah Menangis Waktu 'Shooting'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...