Babak ‘Sweet’ Dengan Syaikhul Raih Perhatian, Netizen Sebak Tengok Sarah Menangis Waktu ‘Shooting’

Hiburan

Babak ‘Sweet’ Dengan Syaikhul Raih Perhatian, Netizen Sebak Tengok Sarah Menangis Waktu ‘Shooting’

Video dimuat naik oleh Puteri  Sarah di Instagram baru-baru ini meraih perhatian ramai netizen apabila ia menampilkan dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah bersama.

Menerusi klip tersebut, tiga beranak itu mempromosikan kambing perap di mana mereka melakonkan babak masak dan makan bersama-sama.

Advertisement

Gelagat Syaikhul mencium tangan Puteri Sarah mengundang rasa sebak dan netizen bersimpati dengannya serta Sumayyah disebabkan kemelut antara kedua ibu bapa mereka.

Salah seorang kru penggambaran video pendek itu turut memuat naik rakaman di sebalik tabir menerusi TikTok di mana dia menunjukkan tingkah laku Syaikhul.

Meskipun baru berusia 5 tahun namun dia memberi kerjasama yang sangat baik dan disifatkan matang kerana pandai mencuit hati orang di sekeliling.

Bukan itu sahaja yang menjadi perhatian warganet tetapi juga Puteri Sarah yang dilihat seperti sedang lap hidung dan air mata sambil melihat telefon.

Reaksinya hanya dapat dilihat sedikit kerana terlindung dengan kamera namun ramai netizen beranggapan Puteri Sarah tidak dapat tahan daripada mengalirkan air mata.

Rata-rata warganet yang menonton klip di atas ini menegur dan bertanya jika benar Sarah sedang menangis dan menahan sebak di dada ketika itu.

Ramai yang turut memberikan kata-kata sokongan serta semangat buatnya selain mendoakan agar dia kuat menghadapi ujian ini.

1 year ago

Kalau Syamsul Yusof Tak Mahu Cerai, Ada Beberapa Cara Lain Puteri Sarah & Peguam Akan Lakukan - "Kami Akan Ke..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...