Semakin lama, keselamatan rakyat Malaysia semakin membimbangkan apabila ada sesetengah individu yang terlihat mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu tidak baik. Baru-baru ini tular di aplikasi X, sebuah video yang memaparkan seorang warga asing yang cuba untuk membuka pintu kereta orang awam di siang hari.
Warga asing menyamar jadi wanita
Dalam video berkenaan, terlihat seorang warga asing yang mengenakan baju bercorak bunga serta tudung dan penutup muka sambil mencuba untuk membuka pintu kereta. Namun, keranakan kereta individu berkenaan ini tinted, warga asing itu tidak sedar dirinya dirakam dari dalam.
Seram wei, Rohingya tu buat apa pegang pintu kereta lama-lama. Kalau perasan muka dengan tangan dia macam lelaki lepas itu dekat dada macam ada something.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) January 16, 2024
Reaksi netizen
Selepas video tersebut tular, warganet turut tidak puas hati dan khawatir dengan keselematan warga sekitar. Mungkin saja perkara ini boleh terjadi kepada wanita yang seorang diri di dalam kereta jika tidak ditangkap.
Disebabkan itu, ramai yang menggesa agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas warga asing di Malaysia ini agar situasi berikut dapat dibendung dengan segera.
Ni lah gunanya cermin tinted. Nak elakkan setan-setan ni tengok apa barang boleh curi.
Guys especially girls out there, nak masuk kereta tolong la lock kereta korang.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.