Dua Anggota Polis Ditahan Didakwa Samun & Perkosa Remaja Warga Asing Dalam Kereta Peronda

Kehidupan

Dua Anggota Polis Ditahan Didakwa Samun & Perkosa Remaja Warga Asing Dalam Kereta Peronda

Dalam satu kejadian di Ampang, dua anggota polis telah ditahan selepas diyaki terbabit kes samun dan rogol remaja perempuan warga asing dalam kenderaan peronda polis di Bukit Ampang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis menerima laporan daripada remaja perempuan warga Uzbekistan itu dan seorang lelaki, juga warga asing.

Advertisement

 

Ditahan polis, dibawa ke tempat berasingan

Menurut laporan dibuat, kejadian itu berlaku pada jam 10.09 malam 9 Januari lalu di mana mangsa dan rakan lelakinya itu ditahan dua orang suspek di Bukit Ampang View.

bukit ampang

Kedua-dua suspek kemudian didakwa bertindak membawa mangsa dan rakannya yang merupakan penuntu kolej swasta ke tempat berasingan.

Dalam kejadian itu, seorang suspek merogol mangsa manakala rakan lelaki pula dibawa ke bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta oleh kedua-dua suspek atas kesalahan lalu lintas.

 

Suspek dah ditahan

Bertindak atas laporan dibuat, dua suspek berkenaan telah ditahan petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

kereta peronda

Kata Hussein, dua suspek itu akan direman selama tujuh hari dan dua kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit kes jenayah atau salah laku.

polis cuba rogol
11 months ago

Konstabel Polis Ditahan, Cuba Rogol Gadis 19 Tahun Dalam Tandas Stesen Minyak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...