Penyanyi rap, Lil J terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah hingga mengakibatkan beberapa anggota badannya menerima jahitan.
Lil J atau nama sebenarnya Vijay Raj berkata, dalam kejadian langgar lari kira-kira jam 8 malam itu, motorsikal yang ditungganginya tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang.
Menurut Lil J, 22, kejadian terbabit mengakibatkan bahagian dagunya terpaksa menerima 14 jahitan selain kaki kiri lapan jahitan dan lutut pula tiga jahitan.
Ketika saya memperlahankan motorsikal kerana terdapat bonggol di atas jalan, saya tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari belakang.
Ketika kejadian, Lil J menceritakan dia nampak darah keluar dengan banyak di bahagian muka sehingga pengsan di tempat kejadian. Namun, mujurlah ada dua kenalan yang mengenalinya datang membantu dan membawa dia ke hospital.
Tak sangka percutian saya berakhir dengan kemalangan. Saya bersyukur kerana tiada kecederaan yang serius berlaku.
Dalam pada itu, Lil J memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan polis dan kini sedang berehat.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Someone Else itu tidak dapat berkongsi maklumat terperinci kepada pihak polis kerana tidak melihat nombor pendaftaran kereta yang melanggarnya.
Baca: Bermain Telefon Antara Punca Kemalangan, Ini Pengakuan Pemandu Peribadi Arwah Vanessa Angel