Percintaan Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Sudah Berakhir

Hiburan

Percintaan Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Sudah Berakhir

Secara jujur, terasa macam budak sekolah pula apabila melihat percintaan Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza ini. Iyerlah, sebelum ini mereka berdua pun pernah bercinta, berpisah dan kemudian bercinta kembali. Kali ini, percintaan yang terjalin semula itu terlerai sekali lagi. Nur Fathia dan Aiman Hakim bukan lagi pasangan kekasih sejak 2 minggu yang lalu.
aiman hakim

Aiman Hakim sebelum ini telah melahirkan kesediaannya untuk berkahwin dengan Nur Fathia. Namun nampaknya hajat Aiman itu tidak akan kesampaian. Berita sedih (untuk Aiman, tetapi gembira untuk jejaka lain) ini telah disampaikan oleh Fathia sendiri. Kata Fathia:-

Advertisement

Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman. Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang.

Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami. Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan.

Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. “Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh

aiman fathia clash

Biarlah punca perpisahan antara Aiman Hakim dan Nur Fathia ini menjadi rahsia antara mereka berdua. Pasti akan ada yang lebih baik untuk anda berdua di masa hadapan. Buat masa ini, tumpukanlah pada kerjaya masing-masing. Dua-dua pun masih muda. Dua dua pun ada rupa. Pasti suatu hari nanti akan bertemu dengan si kekasih yang bakal menjadi pasangan hidup buat selamanya. sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...