August 19th, 2015

Pergolakkan rumah tangga Sharifah Shahora dan suaminya Raja Mukhriz sebelum ini mendapat perhatian ramai apatah lagi pada waktu tersebut aktres itu telah bertindak untuk mendedahkan perbualan suaminya bersama individu yang cuba mengganggu hubungan mereka suami isteri di laman sosial.

Walaubagaimanapun, kini Shahora dan suami telah berjaya menyelesaikan krisis rumah tangga mereka dan sudah berbaik semula seperti biasa.

Pada masa yang sama, Shahora mengakui tindakan beliau yang mengaibkan suaminya kepada umum melalui media sosial adalah satu perbuatan yang tidak harus di contohi oleh orang lain.

Sebagai seorang isteri perbuatan saya ini buruk mana ada isteri atau dalam Islam sendiri boleh mengaibkan suami tapi sebabkan saya bukan isteri yang terpilih saya perlu lakukannya untuk menyedarkan suami saya.

Sejak memuat naik status mengenai rumah tangga beliau di Instagram, pihak media dan wartawan sering mengikuti perkembangan beliau dan suami sehingga perkara tersebut menjadi viral. Malah, ia turut mendapat pelbagai respon daripada masyarakat. Namun, Shahora menyifatkan apa yang berlaku merupakan satu pengajaran buat suami beliau yang kini sudah mula menunjukkan perubahan yang lebih baik.

Media sosial sekarang ini sangat teruk, benda yang satu pun boleh jadi viral. Saya tak sangka bila saya memuat naik status di laman Instagram mendapat perhatian orang ramai. Sebenarnya saya nak berkongsi dengan kawan kawan saya di situ sahaja

Tidak menyangka sampai begini jadinya. Tapi alhamdulillah pengajaran untuk suami saya juga dan kini banyak berubah.

Alhamdullilah jika Sharifah Shahora juga sudah sedar akan kesilapannya. Adalah lebih baik untuk suami dan isteri duduk berbincang secara empat mata dan dewasa tentang permasalahan dalam rumah tangga mereka. Biarlah segala perkara baik mahupun buruk menjadi rahsia anda berdua sahaja.

Sumber Berita: Rotikaya


Comments are closed.

Loading...