August 5th, 2015

Sebelum ini, masalah rumah tangga Sharifah Shahora dan suaminya Raja Mukhriz mendapat liputan luas dan menjadi sebutan di media sosial apabila Shahora mula bertindak mendedahkan identiti orang ketiga yang menjadi punca rumah tangga beliau bermasalah.

Namun, sepanjang kes tersebut menjadi tajuk utama, Raja Mukhriz tidak pernah memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Walaubagaimanapun, kini masalah rumah tangga mereka sudah selesai dan ia disahkan sendiri oleh Raja Mukhriz.  Jelas beliau, walaupun tidak pernah bersuara mengenai isu berkenaan beliau sebenarnya pada masa yang sama berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri dan sekaligus mencari jalan penyelesaian bagi masalah rumah tangga mereka.

Saya secara gentleman mengaku ada membuat salah dan saya berusaha memperbaikinya. Alhamdulillah sekarang ini kami dan tiada masalah. Hari raya baru baru ini pun saya beraya di rumah keluarganya… keluarga juga juga memberi sokongan kepada kami.

Raja Mukhriz juga sempat untuk meluahkan rasa kesal terhadap rakan Shahora yang seakan menjadi batu api dan hanya menambahkan masalah yang sudah ada.

Sepatutnya mereka memberi nasihat supaya bersabar bagi mengelak rumah tangga kami runtuh. Tapi mereka sebaliknya menyucuk agar Shahora jadi macam mereka (bercerai). Sebab itu saya nasihatkan Shahora untuk menjauhkan diri daripada rakan dan orang sekeliling yang membawa kesan negatif. Sekarang dia pun sedar perkara itu.

Buat Raja Mukhriz, segala yang berlaku akan dijadikan pengajaran dalam hidupnya dan yakin ada hikmah disebaliknya.

Syukurlah mereka sampai tidak bercerai, kadang-kala dengan berdiam diri dan tidak terlalu mendedahkan masalah rumah tangga kepada media adalah satu cara yang bijak untuk menyelamatkan rumah tangga. Kerana pengaruh media juga boleh merosakkan sesuatu hubungan.

Tidak dapat dipastikan siapa yang dimaksudkan oleh Mukhriz, tetapi antara rakan yang pernah memberi komentar tentang isu rumahtangga Shahora di laman Instagramnya ialah Rita Rudaini:

Apa pun bila rakan kita mengalami masalah rumahtangga sebolehnya kita elakkan dari masuk campur urusan mereka kerana ia akan memberi kesan negatif kepada diri kita juga. Pendek kata, biarkan pihak terlibat selesaikan masalah mereka sendiri kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik buat diri mereka, ya tak?

Sumber Berita: Mangga Online


Comments are closed.

Loading...