Pada tarikh 9 Ogos 2021 merupakan satu tarikh yang memberi kesan yang amat mendalam buat pelawak serta usahawan terkenal, Shuib Sepahtu apabila isteri tercinta, Siti Sarah dijemput ilahi buat selamanya.
Kehilangan tersebut sudah semestinya membuatkan Shuib berasa sepi, kosong dan bagaikan hilang separuh jiwa buat lelaki yang bernama Shahmira Muhamad itu.
Lebih menyentuh hati, pada petang semalam sebuah karya nyanyian arwah Siti Sarah iaitu Tinggalkan Diriku telah dilancarkan dan diperdengarkan buat umum.
View this post on Instagram
Anggota kumpulan Sepahtu itu mengambil keputusan untuk mengabadikan karya istimewa ciptaan Aidit Alfian itu menjadi sebuah muzik video (MV) sebagai tanda kasihnya kepada isterinya.
Antara perkara yang paling mencuri perhatian ramai adalah rakaman perbualan terakhir Shuib bersama arwah sebelum ditidurkan pada 6 Ogos lalu bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.
Sekadar info, lagu Tinggalkan Diriku itu telah dirakam pada tahun 2002 untuk album Mimpi Pun Sama dan dilancar sekitar tahun 2003.