Perasaan Bercampur Baur, Azmi Saat ‘Excited’ Dapat Pegang Anak Sendiri Setelah 10 Tahun Menanti

Hiburan

Perasaan Bercampur Baur, Azmi Saat ‘Excited’ Dapat Pegang Anak Sendiri Setelah 10 Tahun Menanti

Penyanyi dan juga vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat menarik nafas lega setelah isteri kesayangan, Naziah Muhammad dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada jam 9.09 pagi tadi.

Azmi Saat dan isteri
2 years ago

Pilih Tarikh Lahir Anak, Azmi Saat Anggap Kelahiran Sebagai Hadiah Ulang Tahun

Advertisement

Ujar Azmi, perasaannya bercampur baur dan bersyukur setelah mendengar suara anak sulungnya yang dilahirkan secara pembedahan itu.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan Azmi menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Alhamdulillah pukul 9.09 pagi tadi anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia. Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama terdengar suara baby.

Dalam hantaran tersebut, Azmi turut memuat naik foto dirinya bersama bayi lelakinya itu dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi yang juga golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini ada memberitahu bahawa dia telah memilih tarikh lahirnya sebagai tarikh buat Naziah melahirkan cahaya mata mereka itu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan kelahiran ini adalah merupakan cahaya mata sulung buat Azmi dan Naziah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...