Pilih Tarikh Lahir Anak, Azmi Saat Anggap Kelahiran Sebagai Hadiah Ulang Tahun

Hiburan

Pilih Tarikh Lahir Anak, Azmi Saat Anggap Kelahiran Sebagai Hadiah Ulang Tahun

Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat khabarnya memilih tarikh lahirnya sebagai hari kelahiran anak sulung yang dinantikan dia dan isteri sejak 10 tahun yang lalu.

3 years ago

Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua, Azmi Caliph Busker 'Terdiam' Bila Isteri Ungkit Hal Anak

Advertisement

Difahamkan Azmi memilih 27 September ini selepas dimaklumkan doktor yang bertugas merawat isterinya, Naziah Muhammad bakal melahirkan anak mereka melalui proses pembedahan.

View this post on Instagram

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Ujar Azmi, pada mulanya Naziah memilih untuk bersalin secara normal namun dinasihati oleh doktor agar melahirkan bayi melalui proses pembedahan bagi mengurangkan risiko memandangan mereka berdua sudah 10 tahun menanti kelahiran cahaya mata ini.

Jika diizinkan tuhan, tahun ini saya akan dapat hadiah hari ulang tahun kelahiran yang paling besar sepanjang hidup saya. Doktor beri kami ruang untuk memilih tarikh bersalin. Sepantas kilat saya pilih 27 September sebab itu tarikh birthday saya.

Perkara tersebut dikongsikan Azmi menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia turut memuat naik foto bersama isterinya di hadapan hospital swasta.

View this post on Instagram

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa hanya dua minggu sahaja lagi dia dan isteri akan menerima kehadiran orang baharu serta memohon doa orang ramai agar urusan isterinya dipermudahkan kelak.

Sekadar info, Azmi dan isteri Naziah yang juga pasangan OKU cacat penglihatan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...