Sedia maklum, sebelum ini ada seorang ‘influencer’ mendapat keputusan cemerlang di sebuah universiti tempatan bercuti ke Dubai sebagai ‘self-reward’ dan hal itu telah menarik perhatian netizen.
Minggu lalu, ‘influencer’ terbabit yang juga dikenali sebagai Tasnim Shah telah selamat bernikah dengan seorang jejaka pilihan, dimana lelaki terbabit merupakan anak ahli politik.
“Tak sabar der” – Anak Jamal Jamban pic.twitter.com/wn0MtxHdCu
— E. Ryazmi | #SNRBedok (@eryazmi) October 6, 2022
Terbaharu, viral satu video di platform Twitter memaparkan pengantin lelaki berkenaan ingin bercium mulut dengan ‘influencer’ tersebut di khalayak ramai.
Susulan itu, ramai netizen berpendapat kelakuan lelaki terbabit sememangnya tidak senonoh biarpun dianggap sebagai gurauan.
Malah, dalam pada itu, ada juga yang merasakan pengantin lelaki sama sekali tidak menghormati harga diri isterinya apabila berperilaku seperti itu di hadapan tetamu yang ingin mengambil gambar mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.