Baru-baru ini, pelakon Iqram Dinzly sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia muncul dalam aplikasi BIGO dan memberi kenyataan memesongkan akidah di mana mengaku dirinya ‘Tuhan’ dan meminta untuk disembah.
Melihatkan perkara itu, penyanyi Akma Abdullah memohon rakan selebriti yang mengenali rapat dengan pelakon itu supaya tampil membantu Iqram mendapatkan rawatan selanjutnya.
View this post on Instagram
Akma yang lebih dikenali sebagai Akma AF3 (Akademi Fantasia musim ke-3) berkata, dia percaya ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi kepada rakan artisnya itu kerana telah mengalami perubahan yang terlalu aneh dan mendadak.
“Dahulu semasa Iqram keluar dengan imej baharu, macam-macam dia buat. Saya fikir dia saja-saja (jadi aneh). Tapi apabila dah lama-lama, sampai ke tahap macam ini, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Subhanallah. Saya yakin ada ramai rakan selebriti yang rapat dengan Iqram. Mungkin boleh bantu dia untuk dapatkan rawatan segera. Pujuk dia.”
Dia tampil membuat kenyataan itu sebagai respon terhadap sebuah hantaran video yang diterbitkan oleh PU Syed di mana pendakwah bebas itu mengingatkan agar Iqran Dinzly perlu segera dirawat jika benar dia mempunyai masalah kesihatan.
View this post on Instagram
Ujar PU Syed lagi, jika Iqram melakukan perkara seperti itu dalam keadaan sedar, dia perlu diambil tindakan undang-undang kerana telah merosakkan akidah diri dan umat Islam yang lain.
Sebelum ini, Iqram pernah menggemparkan dunia hiburan apabila dia muncul dengan personaliti berbeza dan pelik sekaligus menerima pelbagai kecaman daripada segenap masyarakat