Rakam Video Berpakaian Wanita, Iqram Dinzly Kembali Cetuskan Kontroversi

Hiburan

Rakam Video Berpakaian Wanita, Iqram Dinzly Kembali Cetuskan Kontroversi

Jika sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly pernah mencetuskan kontroversi kerana tampil berkelakuan aneh dan pelik di media sosial, dia dilihat senyap seketika dan berita-berita tersebut kemudiannya lenyap dalam arus masa.

Iqram DinzlySumber : Instagram Iqram Dinzly  

Sudah lama tidak melihat Iqram di dunia seni, tidak dinafikan pelakon drama Dunia Baru ini merupakan salah seorang aktor yang berbakat dan hebat dalam dunia lakonan.

Advertisement

Namun, baru-baru ini muncul pula video terbaru Iqram di media sosial yang memaparkan dia memakai baju dan berkelakuan seperti seorang wanita.

Pelakon berusia 39 tahun itu dilihat telah memakai baju dalam berwarna hitam dan bertutur mengenai beberapa isu seperti rambut, kulit dan beberapa hal lain seakan-akan menunjukkan dirinya seorang wanita.


Dia turut membahasakan dirinya sebagai ‘sis bro’ serta menari di samping menyatakan hasratnya untuk berenang sambil memakai baju renang ‘bikini’.

Komen Iqram Dinzly

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan sama ada pelakon ini sakit dan perlu dirawat namun ada juga yang tampil memberitahu bahawa Iqram sebenarnya seorang yang normal apabila di luar dan gemar bergurau di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...