‘Perang Dingin’ Berakhir, Justin Bieber Pula Tak Suka Hailey Dan Selena Gomez Rapat

Dunia

‘Perang Dingin’ Berakhir, Justin Bieber Pula Tak Suka Hailey Dan Selena Gomez Rapat

Beberapa hari yang lalu, laman media sosial digemparkan dengan satu foto kemesraan model Hailey Bieber dan penyanyi, Selena Gomez di malam gala Academy Museum di Los Angeles.

Jika sebelum ini mereka dikhabarkan ‘bermasam muka’ dan saling bermusuhan, namun gambar yang diambil oleh Tyrell Hampton itu menunjukkan sebaliknya.

Advertisement

Walaupun nampak mesra di dalam gambar, suami kepada Hailey iaitu penyanyi terkenal, Justin Bieber berasa tidak gembira dengan keakbaran dipaparkan pada umum itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Melalui laporan Geo News, Justin turut memberi amaran kepada Hailey agar tidak berkawan rapat dengan bekas kekasihnya itu.

Menurut penyanyi terbabit, dia tidak mahu terjadi sesuatu kepada mereka di masa depan kelak.

Sebelum ini, hubungan Hailey dan Selena dikatakan tidak baik kerana model terbabit dikatakan telah merampas Justin daripada penyanyi tersebut.

konsert jelajah Justin Bieber ada semula
2 years ago

"King Is Back!" - Pulih Dari Sindrom 'Ramsay Hunt', Justin Bieber Umum Jadi Datang Malaysia Bikin Peminat 'Tak Keruan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Geo News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...