“King Is Back!” – Pulih Dari Sindrom ‘Ramsay Hunt’, Justin Bieber Umum Jadi Datang Malaysia Bikin Peminat ‘Tak Keruan’

Dunia

“King Is Back!” – Pulih Dari Sindrom ‘Ramsay Hunt’, Justin Bieber Umum Jadi Datang Malaysia Bikin Peminat ‘Tak Keruan’

Setelah membuat pengumuman bakal menundakan konsert jelajahnya akibat masalah kesihatan, akhirnya dimaklumkan penyanyi antarabangsa, Justin Bieber akan meneruskan semula konsert terbabit bermula bulan Julai.

Melalui satu perkongsiaan yang di muat naik dalam Instagram @pr_worldwide, Justin Bieber akan meneruskan konsert bermula di Festival Musim Panas di Itali dan diikuti lima persembahan di Eropah, bulan hadapan.

Advertisement

Lagi membuatkan peminat di negara Malaysia berasa teruja, mereka turut memaklumkan Jelajah Dunia Justin Bieber Secara Langsung di Kuala Lumpur, Stadium Negara akan berlangsung pada 22 Oktober 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PR Worldwide Sdn Bhd (@pr_worldwide)

Dengan khabar berita gembira ini, peminat yang sering mengikut perkembangan penyanyi tersebut sememangnya meluahkan rasa teruja mereka di ruangan komen hantaran berkenaan.

komen ig

Sedia maklum, sebelum ini Justin Bieber mengumumkan dirinya terpaksa menunda konsert jelajah di Washington DC, Toronto dan New York dan diikuti beberapa siri di Amerika Syarikat kerana diserang sindrom Ramsay Hunt yang membuatkan mukanya lumpuh sebelah.

Bagaimanapun, melalui gambar tular yang diambil oleh paparazi, Justin Bieber serta isterinya, Hailey Bieber dikatakan sedang bercuti dan terlihat keadaan penyanyi tersebut semakin pulih.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

6 bulan lalu

Hidap Sindrom 'Ramsay Hunt', Justin Bieber Batalkan Beberapa Siri Konsert Jelajah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...