Selepas pendedahan perbualan yang kononnya Syafiq Kyle merayu agar Faizi Khairudin memadam beberapa video didakwa miliknya, kini ada pula berita terbaru mengatakan segala tindakan Faizi yang membuka aib pelakon itu adalah bermotifkan dendam.
Menerusi Insta Stories Faizi, dia seakan mengiyakan pertanyaan jika tindakannya itu seperti mahu membalas dendam ketika membalas komen seorang individu menerusi Direct Message.
Faizi menerusi akaun Twitter sebelum ini ada menyebarkan video lucah Syafiq sebelum ia dipadam kerana mendapat kecaman daripada netizen.
Namun, ada yang mempercayai perbualan Syafiq yang merayu itu sebenarnya palsu dan disunting semata-mata kerana ingin menjatuhkan maruahnya.
Terdahulu, video lucah Syafiq sedang beronani mula tersebar dengan meluas di laman sosial Twitter dan beberapa individu dikatakan telah menjual video berdurasi 7 minit 21 saat itu dengan harga RM 20.
Bagaimanapun, setakat ini Syafiq masih bertindak untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut.