Seorang penyanyi lelaki terkenal yang kini menjadi kegilaan ramai didakwa terpaksa mengahwini seorang gadis gara-gara sudah terlanjur.
Menurut laporan Boom, seorang individu telah berkongsi foto memaparkan penyanyi berkenaan bersama seorang gadis dan dilihat memakai pakaian sedondon berwarna putih.
Difahamkan, gadis berkenaan merupakan isteri yang baru sahaja dinikahi oleh penyanyi remaja berkenaan yang baru sahaja putus cinta.
Malah, gadis itu dipercayai hanyalah orang biasa dan bukan siapa-siapa dalam industri hiburan.
Bukan itu sahaja, penyanyi lelaki berkenaan juga pernah digelar buaya atau playboy oleh bekas teman wanitanya.
Namun, gara-gara keterlanjuran, mereka terpaksa bernikah bagi menutup perut si gadis yang didakwa telah ‘membusung’ kerana hamil anak luar nikah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.