Baru-baru ini, konsert penyanyi Bunga Cinta Lestari telah menjadi perbualan orang ramai di platform media sosial setelah tular satu video memaparkan seorang penyanyi lelaki mencium isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair di atas pentas.
Konsert tersebut diadakan di Singapura dan penyanyi yang mesra dikenali sebagai BCL itu telah menjemput beberapa penyanyi lain untuk berganding dengannya di atas pentas.
Antaranya adalah Ray Prasetya dan tindakan penyanyi terbabit mencium BCL telah membuatkan netizen berasa kurang senang melihatnya.
Netizen menilai perlakuan Ray Prasetya sebagai rekan duet yang mencium pipi BCL di atas panggung dianggap tak pantas. Waduh, gimana menurutmu? pic.twitter.com/BB1n4gNoit
— detikcom (@detikcom) August 23, 2022
Netizen merasakan apa yang dilakukan oleh Ray terhadap BCL sama sekali tidak sopan dan keterlaluan.
Hormati perempuan itu! Mungkin dia nak marah, tak elok sebab dia atas pentas! – netizen
Boleh dikatakan BCL ketika itu juga terlihat sangat terkejut dengan ciuman yang diterima, lalu memukul bahu lelaki terbabit kerana Ray secara tiba-tiba mengambil tindakan tersebut.
Biarpun niat lelaki berkenaan hanya ingin mencipta momen romantis di atas pentas, tetapi aksinya itu dicemuh ramai pihak. Malah ada yang berkata ia sebagai satu penghinaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.