Pengasas produk ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin) kembali hangat dalam media sosial setelah mendedahkan seorang pengasas produk wanita elak dari membayar hutang sebanyak RM150,000.
Pengasas produk yang juga merupakan seorang penyanyi berasal dari Pulau Pinang serta suaminya didakwa telah meminjam wang untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas meminjam mereka berdua diam seribu bahasa serta elak untuk berjumpa dengan Iddin.
Ch* T* dan suami sila pulangkan duit saya! Sekarang dah lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia memilih untuk mendiamkan diri sejak Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan lihat sejauh mana komitmen pasangan tersebut untuk selesaikan masalah ini tetapi sayangnya, mereka mungkir janji.
Iddin memaklumkan bukan saja dirinya menjadi mangsa, malah mereka turut ‘kenakan’ lingkungan rakan-rakan pengasas produk yang sebelum ini membantu untuk mengembangkan pasaran produk pasangan itu.
Susulan gagal menyelesaikan hutang sebanyak RM150,000 dalam tempoh yang ditetapkan, founder terbabit merancang untuk adakan sesi sedia media serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.