Bakal Nikahi Shikin Maembong, Bekas Isteri Dakwa Cat Farish Tak Bayar Hutang RM10K?

Hiburan

Bakal Nikahi Shikin Maembong, Bekas Isteri Dakwa Cat Farish Tak Bayar Hutang RM10K?

Seperti yang ramai ketahui, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini sedang menjalinkan hubungan dengan kekasih hatinya, Shikin Maembong dan dikatakan bakal bernikah tidak lama lagi.

Namun, timbul pula dakwaan yang mengatakan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli mempunyai hutang dengan bekas isterinya, Suriani Hassan.

Advertisement

Perkata itu didedahkan sendiri oleh Suriani menerusi hantaran di Instagram Story miliknya yang mendakwa penyanyi berusia 48 tahun itu berhutang sebanyak RM10,000.

Menerusi hantaran tersebut, Suriani berdoa agar bekas suaminya dibukakan hati untuk membayar hutangnya.

Bukan itu sahaja, bekas isterinya itu turut berharap agar Cat tidak meminjam wang daripada bakal isterinya, Shikin Maembong.

Semoga Allah bukakan hati dia! Lol… harap kahwin baru ni dia tak berhutang la dengan bakal isteri dia.

cat

Dalam hantaran berbeza, Suriani mendakwa bekas suaminya hanya mendiamkan diri soal bayaran hutang tersebut dan hanya bersuara selepas dia menghebohkan perkara tersebut.

Bila diam buat tak tahu… dia pun sama diam. Baru bersuara sikit dah heboh.

Info tambahan, Cat dan Suriani pernah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020 namun bercerai pada awal tahun 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

Pertama Kali Tayang Suami, Ira Kazar 'Upload' Gambar Syamsul Yusof Di IG Story

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...