Penuh Barakah, Ramai Netizen Idam Majlis Perkahwinan Seperti Heliza Helmi Dan Suami

Hiburan

Penuh Barakah, Ramai Netizen Idam Majlis Perkahwinan Seperti Heliza Helmi Dan Suami

Tiada angin tiada ribut, personaliti TV dan juga aktivis kemanusiaan terkenal Heliza Helmi telah selamat mendirikan rumah tangga bersama suaminya kini, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada minggu lalu.

Sama cantik dan sama padan, cerita perkahwinan mereka sehingga ke saat ini masih diperkatakan kerana diibaratkan penuh barakah dan mendamaikan, mengikut syariat Islam.

Advertisement

Malah, ada yang mencemburui majlis resepsi mereka dan mula menyimpan angan-angan untuk berada di tempat Heliza pada suatu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen TikTok dan Instagram, ramai peminat meninggalkan komen untuk mengadakan majlis perkahwinan yang indah seperti itu selain mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.

“Masih tak boleh nak move on. Suka sangat lihat majlis kahwin mereka sambil berangan diri sendiri di tempat Heliza.” tulis seorang netizen.

“Kenapa aku pula yang rasa beria, adakah jodoh aku ialah lelaki yang ada janggut panjang seperti ini?” komen seorang pengguna TikTok.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat Heliza dan suami di atas perkahwinan. Syabas dan juga terima kasih kerana telah memberi aura positif menerusi mahligai rumah tangga yang dibina.

heliza helmi Mahadi
3 years ago

Kenali Suami Heliza Helmi, Rupanya Dah 17 Tahun Dato' Seri Mahadi Bela Janggut!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...