Kenali Suami Heliza Helmi, Rupanya Dah 17 Tahun Dato’ Seri Mahadi Bela Janggut!

Hiburan

Kenali Suami Heliza Helmi, Rupanya Dah 17 Tahun Dato’ Seri Mahadi Bela Janggut!

Baru-baru ini peminat dikejutkan dengan berita perkahwinan penyanyi Heliza Helmi dengan seorang usahawan dan juga Presiden AUF BMZ, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman.

Tidak menjadi rahsia lagi, Dato’ Seri Mahadi sememangnya dikenali sebagai jutawan dan cukup aktif berkongsi ilmu kepada orang ramai dalam bentuk video pendek.

Advertisement

Apa yang lebih menarik perhatian adalah penampilan Mahadi dengan imej janggut yang lurus itu ternyata telah mendapat pelbagai respon daripada warga maya.

Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad, masih ramai juga yang mungkin tidak mengenali beliau sehingga mengkritik imej tersebut. Malah ada juga yang mempersoal mengapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami.

Terbaru, perkongsian daripada seorang pengguna TikTok @produk.muslim.bmf memaklumkan bahawa Mahadi telah menyimpan janggutnya itu sejak 17 tahun yang lalu ketika usianya 22 tahun. Wow!

 

@produk.muslim.bmf Reply to @zura.zaidi ? original sound – produk.muslim.bmf

Namun, ada juga netizen yang ‘rimas’ dengan penampilan Mahadi itu sehingga ada yang meminta usahawan itu agar memotong pendek janggut tersebut supaya tampak lebih kemas dan rapi.

Apa-apapun, kita doakan saja agar rumah tangga yang dibina pasangan ini kekal hingga ke syurga.

Heliza Hilmi
2 years lalu

Netizen Setuju Heliza Helmi Layak Dijadikan Ikon Wanita Dan Belia Negara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    January 4, 2022 at 9:37 am

    janggut sunnah nabi: yes. rebonding janggut: big no tehehe. maybe next time boleh try relaxing instead of rebonding huhu

  2. Anon The Truth Hurt

    January 3, 2022 at 12:12 pm

    Seremm. Teringat masa kecik2 tengok cerita hantu cina yg lompat lompat tu..

    • Faridah

      January 4, 2022 at 9:51 am

      Janggut tu terlalu panjang sampai menurun ke perut. Takkan itu sunnah Nabi?

Loading...