“Penonton Masih Merasai Kemesraan Kami Walau Tak Bersentuhan..” – Wanna Ali Mahu Menjaga Hati Isteri Alif Satar, Elak Adegan Berpegangan

Hiburan

“Penonton Masih Merasai Kemesraan Kami Walau Tak Bersentuhan..” – Wanna Ali Mahu Menjaga Hati Isteri Alif Satar, Elak Adegan Berpegangan

Aktres jelita Wanna Ali berterima kasih drama barunya yang digandingkan bersama aktor dan pengacara terkenal, Alif Satar telah menerima sokongan positif dari kalangan penonton.

Kata Wanna, pada awalnya dia dan Alif agak risau dengan penerimaan orang ramai. Namun hal itu dibuktikan salah apabila ramai peminat yang senang hati dengan lakonan kedua-dua pelakon tersebut dalam drama Bukan Sekadar Lafaz.

Advertisement

Saya tahu apabila berlakon dengan Alif tak boleh ada babak bersentuhan. Saya hormati statusnya sebagai suami orang.

Saya bersyukur penonton masih merasai kemesraan kami walau tak bersentuhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanna Ali (@wannaali_)

Tambah Wanna juga, dirinya mengelak dari ada babak bersentuhan dengan pasangan berlakonnya itu bagi menghormati batas diri masing-masing. Baginya, dia perlu memikirkan isteri dan prinsip Alif sebagai seorang pelakon.

Namun begitu, penonton masih akui dapat merasakan chemistry mereka berdua walaupun kurang adegan bersentuhan. Jika ada sekali pun, pasti berlapik. Justeru itu, perkara itu mendapat pujian oleh kerana pendirian pelakon-pelakon yang tahu menjaga batas sebagai seorang Muslim.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanna
6 months ago

"Itu Permintaan Ibu.." - Akui Kena Profesional, Wanna Ali Tak Kekok Berduet Dengan Ayah Tiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...