“Itu Permintaan Ibu..” – Akui Kena Profesional, Wanna Ali Tak Kekok Berduet Dengan Ayah Tiri

Hiburan

“Itu Permintaan Ibu..” –  Akui Kena Profesional, Wanna Ali Tak Kekok Berduet Dengan Ayah Tiri

Pelakon dan penyanyi jelita Wanna Ali akui dirinya terpaksa bersikap profesional ketika menyanyikan lagu duet bersama Aiman Ismail, bapa tirinya sendiri dalam single terbarunya itu.

Baru-baru ini, Wanna telah digandingkan bersama ayah tirinya untuk menyanyikan lagu baru yang bertajuk Bukan Sekadar Lafaz yang merupakan official sound track (OST) tayangan drama bersiri terkini di TV3 yang dilakonkan olehnya dan Alif Satar.

Advertisement

Kami memang dah lama menyanyi jadi tak ada sebab saya nak rasa kekok. Lagi pun, itu permintaan ibu sendiri yang mencipta lagu tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanna Ali (@wannaali_)

Tambahnya lagi, jika didengari lirik lagu itu dengan teliti, ia merangkupi kisah hidup ibunya dan suami. Kerana itu lah ibu kepada pelakon ini mahukan orang terdekat membawa lagu spesial itu.

Dah lapan tahun saya hayati lirik ni sejak berkahwin dengan isteri saya. Mahu atau tidak, saya dan Wanna kena profesional.

Pada masa yang sama, Aiman juga berkata walaupun agak kekok pada mulanya bila berduet dengan anak tirinya itu, namun pada akhirnya mereka tetap penyanyi yang harus mengikuti etika berkerja.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Viu, Viu Malaysia, Viu Original
8 months ago

Ini 3 Drama Yang Wajib Korang Tonton Bulan Ini Di Viu. No 3 Paling Tak Sabar Nak Streaming!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...