Ini 3 Drama Yang Wajib Korang Tonton Bulan Ini Di Viu. No 3 Paling Tak Sabar Nak Streaming!

Branded

Ini 3 Drama Yang Wajib Korang Tonton Bulan Ini Di Viu. No 3 Paling Tak Sabar Nak Streaming!

Pejam celik, pejam celik, kita dah masuk suku ke-3 tahun 2023. Berapa banyak drama yang korang dah layan tahun ini? Ada yang dah masuk kategori drama terbaik korang atau masih tercari-cari lagi? 

Hmm…Meh sini kami tambah koleksi drama wajib tonton korang tahun ini! 

Banyak drama yang menarik korang boleh start layan bulan ni. Ada yang hangat dari Korea dan juga terbaik dari Jepun. Drama paling ditunggu tahun ni pun ada tau. Nak tahu drama apa? Let’s go~ 

The Escape Of The Seven

Mengisahkan tentang 7 orang watak yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi dituduh terlibat dalam kes kehilangan seorang gadis. Setiap daripada mereka mempunyai rahsia yang ingin disembunyikan. 

Namun, ia mula terbongkar semasa mencari kebenaran. Demi menyelamatkan diri, pelbagai perkara sanggup dilakukan. Adakah mereka betul-betul terlibat atau ia hanya satu permainan? 

Drama bergenre misteri dan thriller yang bakal ditayangkan di platform Viu pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula 15 September ini dilakonkan oleh Uhm Ki-Joon, Hwang Jung-Eum, Lee Joon, Lee Yoo-Bi, Shin Eun-Kyung, Yoon Jong-Hoon, Jo Yoon-Hee dan Jo Jae-Yun. 

Menariknya lagi, kalau korang peminat kdrama Penthouse, confirm korang akan suka drama baru ini. Nak tahu kenapa? 

Sebab ia diarah dan ditulis oleh pengarah dan penulis drama Penthouse. Confirm meletop lah cerita ni! 

Yumi Cell’s (Season 1)

Viu, Kdrama, Yumi's Cells

Pernah tak korang terbayang yang sel dalam badan kita sebenarnya ada fungsi lain. Contohnya, selain sel darah merah, kita ada sel cinta yang selalu beri rasa hangatnya bercinta. Fuhh, mesti best kan? 

Aha! Kdrama ini sesuai untuk korang yang pernah bayangkan situasi macam tu. Confirm puas hati lah! 

Kdrama “Yumi’s Cell” yang diadaptasikan dari webtoon ini mengisahkan tentang Yumi, seorang gadis biasa yang tinggal di Seoul dan bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat. Menjalani kehidupan yang membosankan dengan teman lelaki yang asyik datang dan pergi. 

Adakah dia berjaya mengubah kehidupannya menjadi lebih menarik serta menjalani hubungan percintaan yang sejati? Dapatkah sel-sel di dalam badan Yumi membantunya?

Boleh ditonton mulai 17 Sept, drama bersiri 14 episod ini dilakonkan oleh pelakon popular Korea, Kim Go-Eun dan Ahn Bo-Hyun. Kalau korang sukakan genre romantik komedi, drama ini wajib korang tonton!  

From Saga With Love

Yahoo, finally drama yang ditunggu tahun ini dah keluar! Mesti ada dalam kalangan korang yang dah tak sabar nak tonton kan? Yelah, video behind the scene asyik lalu FYP TikTok je, mana tak sabar nak tengok kan?! 

Drama “From Saga With Love” ini mengisahkan tentang Karma seorang influencer yang bercita-cita tinggi ditawarkan bekerja sebagai jurubahasa Jepun bagi pelakon terkenal Bianca Rozario. Karma perlu melakukan segala hal bagi memastikan dia berjaya melaksanakan tugasnya walaupun dia tidak tahu berbahasa Jepun. 

Ditambah lagi, dengan tugasan rahsia oleh ibu Bianca bagi mengetahui tentang kehidupan cinta anaknya. Pelbagai masalah, kacau-bilau, gurau senda dan romantis berlaku sepanjang perjalanan Karma, Bianca serta ditemani oleh Bob, jurufoto Bianca dan Sham, seorang lelaki Malaysia yang tinggal di Jepun. 

Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Drama yang dilakonkan oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry ini akan mula ditayangkan pada 21 September 2023, dengan 2 episod baru setiap hari Khamis. 

Tonton Dan Nikmati Keseronokkan Bersama Viu! 

Mesti korang excited nak layan kesemua drama yang kami suggestkan? Jangan risau, korang download dan langgan je Viu

Semua drama dan filem, tak kisah lama atau baru, semuanya ada di Viu! Nikmati pelbagai rancangan menarik dari dalam dan luar negara dengan Viu. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Viu, layari laman web rasmi Viu atau ikuti laman sosial rasmi Viu di Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...