Aktres jelita Wanna Ali berterima kasih drama barunya yang digandingkan bersama aktor dan pengacara terkenal, Alif Satar telah menerima sokongan positif dari kalangan penonton.
Kata Wanna, pada awalnya dia dan Alif agak risau dengan penerimaan orang ramai. Namun hal itu dibuktikan salah apabila ramai peminat yang senang hati dengan lakonan kedua-dua pelakon tersebut dalam drama Bukan Sekadar Lafaz.
Saya tahu apabila berlakon dengan Alif tak boleh ada babak bersentuhan. Saya hormati statusnya sebagai suami orang.
Saya bersyukur penonton masih merasai kemesraan kami walau tak bersentuhan.
View this post on Instagram
Tambah Wanna juga, dirinya mengelak dari ada babak bersentuhan dengan pasangan berlakonnya itu bagi menghormati batas diri masing-masing. Baginya, dia perlu memikirkan isteri dan prinsip Alif sebagai seorang pelakon.
Namun begitu, penonton masih akui dapat merasakan chemistry mereka berdua walaupun kurang adegan bersentuhan. Jika ada sekali pun, pasti berlapik. Justeru itu, perkara itu mendapat pujian oleh kerana pendirian pelakon-pelakon yang tahu menjaga batas sebagai seorang Muslim.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.