Susulan dakwaan Eina Azman bertanggungjawab memecah belahkan hubungan kekeluargaan suaminya, Â Datuk Paduka Kaiser Gurmeet (Datuk Gmix) dan adik beradiknya, ahli perniagaan ini telah tampil memberikan penjelasan yang cukup membuatkan Abang Nara terharu selaku seorang yang beragama Islam. Eina Azman tiada kaitan langsung dengan apa yang terjadi, sebaliknya sikap 2 orang adik beradiknya tersebut yang menyebabkan Datuk Gmix tidak mengundang mereka ke majlis resepsi yang telah berlangsung baru-baru ini.
Berikut ialah penjelasan Datuk Gmix yang dimuatnaik menerusi komen di Instagram:
Ini adalah versi alihbahasa secara mudah:-
Kesemua sister (tidak diketahui kakak atau adik) telah hadir tetapi yang 2 orang tidak datang. Saya tidak pernah menjemput mereka kerana mereka membenci Islam dan memaksa saya menukar balik agama saya ke Sikh. Saya tahu apa yang saya pilih dan saya pilih Islam kerana saya mencintai Islam. Ayah dan ibu saya membeli baju untuk hadir tetapi yang 2 orang itu tidak membenarkan. Emak saya menangis dan bercakap kepada saya. Saya akan berjumpa mereka di mahkamah kelak. Allah Maha Besar. What goes around comes around (tak tahu nak translate camner)
Sesungguhnya ini adalah ujian yang besar buat Datuk Gmix dan keluarga. Apabila memeluk agama Islam memang sentiasa ada cabaran. Namun Abang Nara pasti kematangan Datuk Gmix mengendali hal ini tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka. Umpama menarik rambut dalam tepung, tepung tak selerak, rambut tak putus. Sama-sama kita doakan.