Penjaga Gol KL City Jadi Perhatian Ramai? Jom Kenali Lebih Dalam Mengenai Kevin Ray Mendoza!

Trending

Penjaga Gol KL City Jadi Perhatian Ramai? Jom Kenali Lebih Dalam Mengenai Kevin Ray Mendoza!

Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) mencipta sejarah tersendiri selepas hampir 32 tahun menanti dan akhirnya berjaya memenangi Piala Malaysia selepas menewaskan juara bertahan iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dengan keputusan 2-0 di Stadium Bukit Jalil.

Kemenangan yang dimiliki dikatakan amat bermakna buat The City Boys apabila memiliki piala tersebut pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia dan sekaligus dapat memiliki tiket ke Piala AFC musim hadapan.

Advertisement

Apa yang menarik adalah sepanjang perlawanan berlangsung, penjaga gol KL City iaitu Kevin Ray Mendoza nampaknya telah menarik perhatian orang ramai.

Bukan hanya mempunyai paras rupa yang handsome, namun ketangkasan beliau dalam mengawal gawang gol daripada dibolosi sehingga akhir perlawanan membuatkan netizen tertarik untuk mengenalinya.

Pada sesiapa yang belum mengenali Kevin, jejaka tampan ini dilahirkan pada 29 September 1994 dan beliau merupakan pemain bola sepak professional yang juga bermain buat Pasukan Kebangsaan Filipina.

Kevin dilahirkan di negara Denmark serta dibesarkan disana dan difahamkan beliau mempunyai darah kacukan Filipina yang mana membuatkan dirinya boleh bermain buat pasukan Denmark dan Filipina di peringkat antarabangsa.

Selain itu, nampaknya wanita-wanita diluar sana tidak mempunyai peluang untuk menambat hati Kevin kerana hatinya sudah pun ditambat oleh isterinya iaitu gadis Denmark bernama Nadia Baekgaard.

Nadia Baekgaard merupakan seorang pereka grafik dan sekarang ini telah menetap di Malaysia bersama Kevin.

Terdahulu, jumlah pengikut media sosial Kevin iaitu Instagram naik mendadak selepas perlawanan Piala Malaysia, bermula dari sekitar 6 ribu pengikut dan kini beliau telah memiliki lebih 100 ribu jumlah pengikut!

Followers ig Kevin Mendoza
2 years ago

Ketangkasan Penjaga Gol KL City Curi Perhatian Ramai, Pengikut IG Naik Mendadak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hype

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...