Peningkatan 556%, Tiket ‘Flight’ Ke Sabah & Sarawak Naik Dari RM300 Ke RM2,000

Berita

Peningkatan 556%, Tiket ‘Flight’ Ke Sabah & Sarawak Naik Dari RM300 Ke RM2,000

Seolah-olah menjadi kebiasaan, kenaikan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak ketika menjelangnya musim perayaan seperti sudah dijangka oleh rakyat Malaysia.

Berikutan pembukaan sempadan negara dan perayaan yang menjelang tiba, ramai yang sudah lama tidak bertemu keluarga akan teruja untuk pulang ke kampung halaman.

Advertisement
airportSumber : Google  

Hasil tinjauan BERNAMA, syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching sebelum ini menawarkan tiket antara RM300 untuk pergi dan balik semasa musim bukan perayaan.

Namun, tinjauan portal berita itu menyaksikan tambang penerbangan menuju ke dua buah negeri itu telah melonjak sehingga RM2,000 untuk pergi balik di mana ia mencatatkan peningkatan sekitar 566 peratus untuk penerbangan pada 29 April hingga 8 Mei ini.

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna tidak berpuas hati dan merasakan bahawa syarikat penerbangan tidak sepatutnya menetapkan harga tiket sesuka hati dan melebihi kemampuan semua pihak.

Ada pengguna media sosial juga berkongsikan pengalaman masing-masing membeli tiket pergi balik yang ketara perbezaannya jika dibeli hampir dengan tarikh perayaan.

Satu family balik beraya, dah berapa tahun tak dapat balik, time beli tu berbelah bahagi juga takut la ada apa-apa lagi musim pandemik ni kan. Nasib beli ja hari tu. Telah beberapa tahun kami tidak pulang ke Tawau untuk sambutan Hari Raya.

Dalam pada itu, ramai yang berharap kerajaan dapat masuk campur dalam menangani isu kenaikan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terutamanya menjelang cuti akhir tahun dan musim perayaan.

2 years ago

"Orang Minyak 'Detected'" - Lelaki Tanpa Baju & Seluar Kantoi Pecah Rumah Di Shah Alam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...