“Orang Minyak ‘Detected'” – Lelaki Tanpa Baju & Seluar Kantoi Pecah Rumah Di Shah Alam

Berita

“Orang Minyak ‘Detected'” – Lelaki Tanpa Baju & Seluar Kantoi Pecah Rumah Di Shah Alam

Tular di media sosial sekeping gambar daripada ‘screenshot’ rakaman CCTV sebuah rumah di Shah Alam menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan bogel.

Difahamkan, lelaki tersebut berkeliaran bogel seperti ‘orang minyak’ dan telah melakukan jenayah pecah rumah di kawasan perumahan di Seksyen 20, Shah Alam, semalam.

Advertisement

Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika mangsa yang merupakan seorang wanita sedang tidur di ruang tamu bersama anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa sedar akan kehadiran suspek selepas terjaga daripada tidur kerana cahaya silau terkena pada mata.

Jeritan mangsa menyebabkan suspek segera berlari keluar dari rumah tersebut.”

Suami mangsa yang terdengar jeritan bergegas lari keluar dari dalam bilik tidur dan mendapati suspek sudah tiada.

Mangsa dilaporkan mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai RM1,600 hasil wang perniagaan yang dilarikan oleh suspek.

Pihak polis berjaya mengesan sebuah video yang tular menunjukkan suspek memakai pelitup muka dan berbogel berkeliaran di kawasan perumah Seksyen 19.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd Shafarulrazi di talian 010-8889910 atau 03-55202222.

2 years ago

"Bukan Nak Merompak Tapi..." - Pak 'Guard' Pecah Masuk Rumah Penduduk Wanita, Siap Buka Baju & Seluar!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...