“Bukan Nak Merompak Tapi…” – Pak ‘Guard’ Pecah Masuk Rumah Penduduk Wanita, Siap Buka Baju & Seluar!

Kehidupan

“Bukan Nak Merompak Tapi…” – Pak ‘Guard’ Pecah Masuk Rumah Penduduk Wanita, Siap Buka Baju & Seluar!

Sebab itu, kita kena ambil serius dengan pesanan ‘berhati-hati dengan orang sekeliling, jangan cepat percaya orang’.

Seorang wanita berkongsi di Facebook baru-baru ini di mana rumahnya dipecah masuk oleh seseorang yang sangat dikenalinya, malah memang berjumpa selalu.

Advertisement

Kejadian itu berlaku pada jam 12.14 pagi, 10 Februari lalu ketika dia tiada di rumah dan sedang dalam perjalanan pulang.

Kata Puan Yun, dia mempunyai CCTV di rumah dan tiba-tiba dia menerima notifikasi daripada aplikasi mengatakan ‘motion detected’ di dalam rumah.

Ada seorang lelaki dlm rumah Yun, lelaki tu macam familiar sangat sekali tengok baju dia pakai Oh No!! Kenal sangat.. rupanya security guard perumahan.”

Menurutnya lagi, lelaki tersebut dilihat turun dan naik serta membuka baju dan seluarnya. Malah, dia turut menghantar mesej bertanya keberadaan Puan Yun.

Ketika itu, dia yakin lelaki tersebut bukanlah mahu mencuri atau merompak tetapi ada niat yang tidak baik terhadapnya.

Puan Yun kemudian terus meminta bantuan kakak dan abang iparnya yang tinggal di lorong sebelah untuk pergi periksa rumahnya.

Baca perkongsian penuh Puan Yun:

Difahamkan, lelaki tersebut sudah pun ditangkap pihak polis dan Puan Yun dimaklumkan lelaki tersebut mempunyai kes dadah.

Puan Yun turut luah rasa syukur kerana tiada apa yang berlaku kepadanya serta keluarga. Dia turut berpesan agar orang ramai berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gadis kesal polis tak layan
10 bulan lalu

"Rumah Bagai Nak Pecah, Dia Boleh Cakap 'Biasalah Tu'.." - Gadis Kesal Buat Aduan Ibu Dipukul Bapa, Polis Tak Layan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...