Perkongsian seorang wanita baru-baru ini menimbulkan rasa mual dan jijik selain membuatkan ramai netizen mempersoalkan tentang kebersihan peniaga.
Menerusi ciapan daripada Alice Azuria, dia menceritakan situasi ketika joging dan terjumpa sebuah rumah dengan kawasan laman yang begitu bersepah.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila Alice berkata pemilik rumah terbabit merupakan seorang peniaga gerai makanan.
Boleh ke daripada sisi undang-undang…masak dan beri makan orang awam dengan tempat kotor macam ni?”
Berdasarkan gambar dimuat naik, boleh dilihat bekas makanan, periuk belanga dan barangan lain berterabur di kawasan laman malah ia kelihatan seperti tempat pelupusan sampah.
tadi peri jogging lepas tu nampak rumah ni. tak silap aku rumah ni, orgnya berniaga tapi aku tak tau kat mana. is it even legal to feed public the food that cook from this place?
i’m sorry if i singgung anyone, but this must be illegal somehow? pic.twitter.com/Bk1AdFcY8a— what the Quack (@1sthisAlice) January 27, 2023
Alice bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi rumah tersebut kerana tidak mahu mengaibkan tuan rumah dan tujuannya menularkannya kerana isu kebersihan rumah itu sudah berlarutan dalam tempoh yang agak lama.
Selepas dua hari, Alice dimaklumkan bahawa tuan rumah sedang mengemas kawasan laman mereka kerana hal tersebut sudah kecoh dibincangkan dalam grup taman perumahan.
Rata-rata netizen yang membaca tweet itu geli melihat keadaan rumah tersebut malah ada yang mendakwa ramai pengusaha makanan yang tidak ambil berat tentang kebersihan.
Beberapa individu mencadangkan agar Alice membuat laporan terhadap pihak berkuasa tempatan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap peniaga tersebut.