“Pengotor, Sombong!” – Kecewa Singgah Gerai Roti Canai ‘Popular’ Di Pulau Pinang, Lelaki Hairan Orang Ramai Makan

Kehidupan

“Pengotor, Sombong!” – Kecewa Singgah Gerai Roti Canai ‘Popular’ Di Pulau Pinang, Lelaki Hairan Orang Ramai Makan

Zaman sekarang ini, mudah saja untuk sesuatu tempat menjadi tumpuan orang ramai kunjungi asalkan ianya viral di platform media sosial.

Namun, tidak semestinya bila sesuatu tempat itu mendapat gelaran viral, ia akan mencapai standard pengunjung, lagi-lagi bila berkaitan dengan makanan.

Advertisement

Sama seperti yang dilalui oleh seorang individu lelaki ini apabila dia menceritakan pengalamannya ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang, lalu mengunjungi satu kedai roti canai viral.

Kerana kurang arif di kawasan terbabit, dia telah menggunakan aplikasi Google untuk mencari tempat sarapan viral, namun apakan daya, semuanya indah khabar dari rupa.

Lelaki terbabit berasa tidak sedap hati ketika sampai ke gerai terbabit kerana keadaan meja yang berlumut serta bau yang tidak menyelerakan ‘semerbak’ di kawasan tersebut.

Bukan sekadar isu kebersihan dipertikai, tetapi layanan yang diterima oleh pekerja juga sangat tidak baik biarpun lelaki terbabit meminta dengan cara yang sopan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mempunyai pandangan yang sama, malah penduduk yang berasal dari negeri tersebut turut tidak menyarankan pelancong mengunjunginya kerana sikap kurang ajar pekerja di sana.

Memang tahu dah. Pengotor, sombong, ketegaq (degil). Mintalah apa pun depa lawan balik lepas tu paksa makan apa yang ada.

komen netizen

komen netizen

Sekadar info, sebuah gerai roti canai bertempat di bandaraya negeri tersebut diarahkan untuk tutup selama 14 hari kerana gagal patuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.

makan roti canai dalam banjir
2 years ago

"Tak Kotor Ke.." - Penduduk Dah Biasa Makan Roti Canai Dalam Banjir, Netizen Pula Geli Geleman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...