Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pengurusan Nurul Mohon Maaf Berkenaan Iklan Seksi

Kontroversi berkaitan gambar seksi Nurul untuk satu iklan berkaitan Hari Raya akhirnya mendapat perhatian pihak pengurusannya, Glow Glamour. Pihak pengurusan Nurul memohon maaf berhubung penyiaran iklan tersebut yang dianggap tidak sesuai dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
nurul seksi

Berikut ialah petikan kata-kata pihak pengurusan Nurul:-

Advertisement

Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang. Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut. Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu. Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook.

Baguslah kalau dah mengaku dan memohon maaf. Tak salah untuk mengaku salah. Tak rugi apa-apa pun. Tahniah kepada pihak pengurusan Nurul yang bersikap matang dalam menangani isu ini. Semoga di masa hadapan masalah yang sama tidak akan timbul.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top