Pengurusan Kondo Saya Tidak Boleh Harap, Saya Anggap Mereka Macam “Sampah” – Che Ta

Hiburan

Pengurusan Kondo Saya Tidak Boleh Harap, Saya Anggap Mereka Macam “Sampah” – Che Ta

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan kereta jenis Toyota Vellfire milik pelakon Rozita Che Wan yang telah dicuri di kediaman beliau yang terletak di Subang USJ.

Advertisement

Che Ta sedar keretanya itu hilang ketika beliau hendak keluar dari rumah atas urusan kerja.  Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek mengumpil pagar kawasan kondominium tempat tinggalnya dan mencuri kereta beliau sebelum merempuh palang pondok pengawal.

Berbicara mengenai perkara berkenaan, Che Ta berkata setakat ini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan secara jujur beliau rasa harapan untuk mendapatkan kenderaan tersebut agak tipis.

Apa yang membuatkan beliau terkilan ialah kereta beliau hilang dalam kawasan perumahan. Che Ta menyifatkan pengurusan tempat tinggalnya itu tidak boleh diharap kerana keselamatan penghuni tidak terjamin.

Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis saja. Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula.

Pengurusan kondominium di kediaman saya tu memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka seperti ‘sampah’. Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi keselamatan penghuni tetap tidak terjamin.

Pada masa yang sama, Che Ta akui beliau ada niat untuk membeli kereta baru tetapi ia masih dalam perancangan.

Bukan sedikit duit yang perlu dikeluarkan untuk membeli kereta yang baru. Namun, saya tetap kena beli kereta yang besar juga untuk kemudahan ke tempat kerja.

Buat masa ini, saya belum putuskan untuk membeli kereta jenama apa kerana keselamatan belum tentu terjamin kalau pakai kereta yang mahal sekalipun.

Buat Che Ta, kejadian yang berlaku kepada dirinya itu memberikan pengajaran untuk beliau lebih berhati-hati di masa hadapan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...