Rakaman CCTV Tunjuk Dua Suspek Curi Kereta Che Ta Merempuh Palang Pondok Pengawal

Hiburan

Rakaman CCTV Tunjuk Dua Suspek Curi Kereta Che Ta Merempuh Palang Pondok Pengawal

Semalam kita dikejutkan dengan berita dimana kenderaan jenis Toyota Vellfire warna hitam milik pelakon Rozita Che Wan telah dicuri sekitar jam 4.24 pagi Selasa.

Advertisement

Susulan insiden berkenaan, Che Ta telah membuat laporan polis dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman beliau, terdapat dua suspek dipercayai mengumpil pagar kawasan apartment tempat tinggalnya dan mencuri kereta beliau sebelum merempuh palang pondok pengawal.

Berdasarkan pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) terdapat dua suspek melarikan kereta saya. Malah mereka melanggar palang pondok pengawal untuk melarikan diri.

Pihak polis sudah merakam wajah mereka dan dalam proses siasatan. Saya mengharapkan bantuan pihak berkuasa agar dapat menyelesaikan kes ini.

Menurut Che Ta, beliau sedar kereta beliau hilang sekitar jam 11 pagi ketika hendak keluar dari rumah atas urusan kerja.

Che Ta agak terkejut tetapi pada masa yang sama tidak mahu menuduh mana-mana pihak atas kehilangan keretannya itu dan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis.

Memang terkejut apabila mendapati kereta saya tak ada di tempat parkir kereta. Sedangkan malam sebelumnya suami saya memandu kereta itu selepas kami pulang dari sebuah acara.

Apa pun saya tidak mahu membuat sebarang andaian atau menuduh mana-mana pihak. Memandangkan kes ini dalam siasatan polis, jadi biarlah mereka yang menyelesaikannya.

Besar harapan Che Ta agar kereta beliau itu dapat ditemukan semula kerana terdapat banyak dokumen penting didalam kenderaan berkenaan.

InshaAllah, pihak polis akan berusaha sebaik mungkin untuk memberkas suspek yang mencuri kereta Che Ta. Harapnya beliau juga tidak berhenti berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...