Pengunjung Sungai Pisang Tinggalkan Sampah

Trending

Pengunjung Sungai Pisang Tinggalkan Sampah

Ramai orang rasa sangat marah selepas melihat gambar kesesakan yang berlaku di kawasan air terjun Sungai Pisang di Gombak. Walaupun kelonggaran untuk melakukan aktiviti beriadah diberikan kepada mereka lengkap dua dos vaksin, tetapi keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

3 bulan lalu

Lelaki Dengar Suara Menangis Ketika Sesat Di Sungai Pisang

Advertisement

Keadaan menjadi semakin parah apabila tersebar pula gambar yang menunjukkan timbunan sampah-sarap yang dilihat berada di dalam sungai, celahan batu dan pokok. Pemandangan seperti ini membuatkan orang ramai menjadi semakin marah. Pengunjung tidak sepatutnya mementingkan diri dan membiarkan keadaan sungai menjadi kotor.

Gambar tersebut dikongsikan seorang pengguna Twitter yang kecewa melihat pengunjung meninggalkan sampah mereka tanpa rasa bersalah.

 

Sungguh menyakitkan mata dan hati. Sisa makanan, plastik bungkusan dan segala jenis sampah sepatutnya dibawa keluar pengunjung bagi memastikan kawasan alam semulajadi sentiasa terjaga.

“Baru je bumi direhatkan sementara sebab pandemik, tangan manusia yang tak bersyukur dan tak ambil pengajaran dari Covid-19 merosakkan bumi. Makhluk manusia so selfish, kau rasa seksa sebab Covid tapi bumi dah lama seksa sebab kita.” – Luahan kecewa netizen.

Betul apa yang dikatakan, mentaliti orang Malaysia nampaknya masih rendah dan ini membuktikan kita masih belum belajar dari apa yang berlaku. Walaupun tidak semua bersikap seperti ini, tetapi masih ramai yang pentingkan diri. Diharapkan situasi seperti ini tidak berlaku lagi.

Secara jujurnya kami juga bimbang dan harapkan pembukaan semula pulau Langkawi pada 16 September nanti tidak berlaku kesesakan yang tidak terkawal. #kitajagakita

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...