Lelaki Dengar Suara Menangis Ketika Sesat Di Sungai Pisang

Trending

Lelaki Dengar Suara Menangis Ketika Sesat Di Sungai Pisang

Bagi penggemar aktiviti lasak seperti hiking dan jungle trekking, masuk ke hutan pasti menjadi satu kepuasan buat mereka. Melihat keindahan alam semulajadi adalah satu terapi yang dapat menghilangkan stres.

Lebih-lebih lagi apabila kawasan tersebut merupakan lokasi air terjun yang sesuai untuk beriadah. Untuk tiba ke lokasi air terjun, kebiasaannya pengunjung perlu melalui trek yang mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam.

Advertisement

2 years lalu

"Dengan 3 Perkataan Ini, Selamatkan Nyawa Kami", Kata Wanita Sesat Di Hutan Lendu

Namun, berbeza pula dengan pemuda ini apabila dia tidak sampai-sampai ke kawasan air terjun walaupun sudah berjalan selama dua jam! Menerusi perkongsian di laman Youtube, Zaidi Aziz dan rakan-rakan memilih air terjun Sungai Pisang kerana kawasannya yang cantik, siap ada terowong di mana ramai pengunjung mengambil gambar di situ.

Advertisement

Untuk sampai ke air terjun, mereka perlu melalui denai kecil yang menghubungkan anak sungai. Sudah lama tidak masuk ke hutan, mereka mengakui sangat teruja.

Ketika sedang berjalan, mereka berjumpa sekumpulan pengunjung yang berada dalam keadaan sesat. Mereka yang pada awalnya hanya seramai 7 orang kini disertai pengunjung lain sehingga 20 orang.

Dah penat berjalan, mereka dah rasa ‘lain macam’ sebab air terjun masih belum dijumpai. Selepas dua jam, dia baru sedar sebenarnya mereka sudah sesat dan mengambil keputusan berpatah semula.

Apa yang peliknya, jalan yang dilalui mereka untuk pulang tidak sama dengan jalan yang pernah dilalui sebelum ini. Zaidi turut mendengar suara seperti orang sedang menangis. Malah, rakannya Amirul turut mendengar bunyi yang sama. Tidak mahu berfikiran negatif, mereka teruskan perjalanan pulang.

Bukan itu sahaja, mereka turut menemui banyak pokok tumbang yang menghalang laluan mereka. Masa datang tadi tak ada pun. Mereka kemudiannya mengambil keputusan menelusuri aliran sungai kerana dah tak ada laluan lain.

Mereka hanya mampu berdoa semoga Allah SWT membawa mereka ke jalan pulang. Akhirnya mereka selamat jumpa terowong iaitu jalan masuk ke Sungai Pisang.

Menurut Zaidi, apa yang boleh dipelajarinya daripada pengalaman ini, mereka perlu mempunyai mental yang kuat dan tidak menyalahkan sesama sendiri.

Advertisement

Apa-apa pun sebelum pergi ke mana-mana kawasan, penting untuk anda kaji trek terlebih dahulu supaya tidak tersesat.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...