Terbit rasa rindu di hati apabila pihak pengurusan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah ada memuat naik sebuah video resipi terakhir arwah iaitu Udang Nestum di Instagram, baru-baru ini.
Video cara memasak Udang Nestum yang juga diserikan dengan loghat Terengganu oleh Siti Sarah itu adalah merupakan hantaran terakhir penyanyi itu di media sosial bersama-sama dengan ibu tiri, Siti Fatimah Suberi.
Antara video-video terakhir yang kami masak bersama 5 menu dalam satu masa. Masa ni sehari sebelum arwah kena COVID, teruja sangat-sangat lah. Sebenarnya kebanyakan menu yang kami masak bersama, saya yang sediakan segala bahan termasuk tukang rekod, bagi idea apa untuk masak dan semualah.
Tulis Fatimah lagi, dia akan terus berkongsi menu resipi daripada keluarga mereka jika berkesempatan dan turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang berterusan menghadiahkan Al-Fatihah buat Siti Sarah.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih ratusan ribu tontonan dan tanda suka di Instagram.
Mengimbas kembali, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu setelah menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Allahyarham sempat melahirkan anak ke-4 hasil perkongsian hidup bersama pelawak Shuib melalui proses pembedahan sebelum meninggal dunia.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.