Zaman sekarang ini, mudah saja untuk sesuatu tempat menjadi tumpuan orang ramai kunjungi asalkan ianya viral di platform media sosial.
Namun, tidak semestinya bila sesuatu tempat itu mendapat gelaran viral, ia akan mencapai standard pengunjung, lagi-lagi bila berkaitan dengan makanan.
Sama seperti yang dilalui oleh seorang individu lelaki ini apabila dia menceritakan pengalamannya ketika bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang, lalu mengunjungi satu kedai roti canai viral.
Kerana kurang arif di kawasan terbabit, dia telah menggunakan aplikasi Google untuk mencari tempat sarapan viral, namun apakan daya, semuanya indah khabar dari rupa.
Lelaki terbabit berasa tidak sedap hati ketika sampai ke gerai terbabit kerana keadaan meja yang berlumut serta bau yang tidak menyelerakan ‘semerbak’ di kawasan tersebut.
Bukan sekadar isu kebersihan dipertikai, tetapi layanan yang diterima oleh pekerja juga sangat tidak baik biarpun lelaki terbabit meminta dengan cara yang sopan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mempunyai pandangan yang sama, malah penduduk yang berasal dari negeri tersebut turut tidak menyarankan pelancong mengunjunginya kerana sikap kurang ajar pekerja di sana.
Memang tahu dah. Pengotor, sombong, ketegaq (degil). Mintalah apa pun depa lawan balik lepas tu paksa makan apa yang ada.
Sekadar info, sebuah gerai roti canai bertempat di bandaraya negeri tersebut diarahkan untuk tutup selama 14 hari kerana gagal patuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.