“Tak Kotor Ke..” – Penduduk Dah Biasa Makan Roti Canai Dalam Banjir, Netizen Pula Geli Geleman

Kehidupan

“Tak Kotor Ke..” – Penduduk Dah Biasa Makan Roti Canai Dalam Banjir, Netizen Pula Geli Geleman

Sedia maklum, banjir yang kini sedang melanda di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu sudah jelas ternyata menjejaskan penduduk setempat.

Advertisement

Dapat dilihat di media sosial foto-foto tular yang memaparkan keadaan rumah serta kenderaan musnah akibat air banjir semakin meningkat hari demi hari.

Bagaimanapun, dalam pada ramai yang tertekan dengan situasi banjir yang dihadapi, muncul satu video di TikTok memaparkan seorang peniaga sedang menebar roti canai.

Video yang berdurasi beberapa saat yang dimuat naik di TikTok kelihatan penduduk setempat sedang berkerumun di kedai tersebut untuk menikmati roti canai terbabit biarpun dalam keadaan banjir.

Walaupun ramai yang memuji sifat peniaga yang tidak berputus asa meneruskan perniagaan dalam keadaan seperti tu, ada juga netizen yang membangkitkan isu mengenai hal itu.

netizen geli makan dalam banjir

Menurut mereka, untuk memakan dalam keadaan seperti itu amatlah tidak bersih dan boleh menyebabkan berlakunya penyebaran bakteria.

Tampil membalas komen berkenaan, pemuda tersebut mengatakan dia sedikit pun tidak berasa geli, malah lebih berselera untuk makan di kedai roti canai itu.

komen tiktok

Melihat pada balasan netizen lain mengenai komen berkenaan, rata-rata menyifatkan individu terbabit tidak pernah melalui liku-liku kehidupan yang susah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

banjir
2 years ago

(VIDEO) "Kuat Semangatmu Dik.." - Demi Bertemu Ibu Tercinta, Anak Tekad Meniti Kabel Elektrik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...