Pengorbanan Seorang Ibu, Hari Ini Dia Ada & Mungkin Esok Sudah Tiada

Kehidupan

Pengorbanan Seorang Ibu, Hari Ini Dia Ada & Mungkin Esok Sudah Tiada

Semalam, seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita pemergian seorang penyanyi tanah air, Allayarhamah Siti Sarah Raissudin yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Ramai rakyat Malaysia yang berkongsi kesedihan dan rasa simpati mereka di semua platform media sosial. Lebih menyedihkan lagi apabila beliau pergi meninggalkan seorang suami, tiga orang anak serta seorang bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan.

Advertisement

coach yin sajat
7 years ago

Selepas 20 Minit Dibedah & Bayi Dikeluarkan Dengan Selamat, Si Ibu Meninggal Dunia.

Disebabkan itu, ramai juga dalam kalangan pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati terhadap bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan itu kerana sudah menjadi anak yatim.

Tidak kurang juga, ada yang menyatakan tentang kehebatan seorang ibu atau isteri yang sanggup berkorban nyawa demi melahirkan seorang anak.

Seorang ibu sanggup mengorbankan diri sendiri demi melahirkan seorang anak

Terdapat sebuah perkongsian di laman Facebook Dr. Redza Zainol yang berkongsi thread dibutanya di laman media sosial Twitter. Beliau sering berkongsi tentang ilmu kesihatan bayi, kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di semua platform media sosialnya.

Dalam thread yang dikongsikan di laman Facebook itu, Dr. Redza Zainol telah menceritakan pengalamannya selama beliau menjadi seorang doktor pakar pediatrik tentang satu peristiwa di mana beliau terpaksa bergegas ke wad kecemasan apabila keputusan telah dibuat untuk mengeluarkan bayi dengan segera.

Ini adalah kerana, denyutan jantung ibu tersebut terhenti menyebabkan denyutan jantung bayi dalam kandungannya pula sangat lemah dan berisiko untuk meninggal dunia.

Ini merupakan pengalaman pertama beliau melakukan pembedahan di luar bilik pembedahan. Syukur bayi tersebut berjaya diselamatkan.

“Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ini dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada.”

Tambahnya lagi dalam perkongsian tersebut, beliau memberikan pesanan buat para suami tentang kepentingan untuk menjaga kebajikan seorang isteri.

Melayan, menemani serta meringankan beban isteri ketika dia sedang mengandung merupakan tanggungjawab utama seorang lelaki yang bergelar suami.

Perkongsian Dr Redza Zainol Tentang Isteri Dan Ibu Mengandung

Salah satu perkongsian daripada Dr Redza Zainol – via Facebook

Beliau juga sempat memberikan beberapa tips layanan baik yang boleh dilakukan oleh suami kepada isteri yang sedang mengandung.

Di akhir perkongsian tersebut, beliau menyeru para suami supaya melayan isteri sebaik mungkin kerana kita sebagai manusia tidak tahu bila ajal kita akan sampai dan begitu juga ajal isteri kita.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...