Selepas 20 Minit Dibedah & Bayi Dikeluarkan Dengan Selamat, Si Ibu Meninggal Dunia.

Trending

Selepas 20 Minit Dibedah & Bayi Dikeluarkan Dengan Selamat, Si Ibu Meninggal Dunia.

Saya dulu main order je nak anak 11 orang kat isteri saya. Kononnya nak cukupkan kuota 1 pasukan bola sepak bila semua dah besar nanti tapi bila dah tengok sendiri kesusahan isteri menjaga anak dan berhadapan dengan risiko bersalin saya jadi termenung sendiri.

Advertisement

Risiko bersalin ni bukan main-main. Memang melibatkan kesakitan dan nyawa. Silap haribulan boleh melayang tanpa amaran awal. Macam yang terjadi pada kes kematian Julia Fransiska Makatey di Manado yang menggemparkan Indonesia suatu ketika dulu.

Arwah meninggal ketika proses melahirkan walaupun sebelum tu sihat walafiat je.

Arwah mulanya dah ada tanda-tanda nak melahirkan tapi selepas 8 jam menunggu, masih takde perubahan dan janin pun dah mula menunjukkan tanda-tanda fetal distress jadi para doktor pun putuskan untuk lahirkan secara pembedahan.

Semasa pembedahan, darah hitam keluar daripada potongan pertama! Itu menandakan oksigen dalam darah arwah dah makin berkurang!

Alhamdulillah bayi dapat dikeluarkan. Semuanya kembali tenang. Tiba-tiba keadaan arwah makin teruk, saturasi oksigen makin berkurang dan akhirnya arwah diisytiharkan meninggal 20 minit selepas pembedahan tu dilakukan.

Bila dah bedah siasat rupanya arwah mengalami emboli udara.

Emboli udara tu la yang mengganggu peredaran darah di tubuh arwah. Emboli tu dijumpai di ruang jantung sebelah kanan arwah. Kes ni betul-betul buat saya tersentap seketika. Bila pandang muka isteri saya jadi sayu je.

Sekarang ni saya dah faham.

Saya dah faham, kenapa la seorang wanita ni sangat mudah untuk masuk syurga. Cukup buat kewajiban agama dan taat pada suaminya. Dulu saya pelik dan rasa tak adil. Sekarang saya dah sedar.

Kesanggupan mereka berdepan dengan risiko kematian dalam menjadi penyambung mata rantai zuriat la yang menyebabkan martabat seorang perempuan diangkat tinggi oleh Tuhan!

p/s : Saya Taufiq Razif bukan suami yang terbaik tapi saya berusaha jadi suami yang terbaik untuk isteri saya. Apa pun, saya respect kepada semua yang bergelar ibu. Anda sememangnya golongan yang hebat!

Kredit : Taufiq Razif 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...