Pengesan Tanda Awal Peningkatan Kes COVID-19, KKM Akan Perkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi

Hiburan

Pengesan Tanda Awal Peningkatan Kes COVID-19, KKM Akan Perkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi

Bagi mengekang penularan kes COVID-19, Kementerian Kesihatan (KKM) bakal memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes COVID-19 dalam negara.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, menerusi sistem tersebut KKM telah mencadangkan untuk beberapa sektor diperketatkan sekira didapati berlaku peningkatan kes, namun ia bukan sekatan pergerakan sepenuhnya.

Advertisement

Kalau boleh kita mahu elak sekatan pergerakan, saya rasa rakyat mungkin tidak boleh hadapi satu lagi sekatan pergerakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Dalam pada masa yang sama, Khairy Jamaluddin atau mesra dikenali sebagai KJ berkata sekarang ini keadaan sistem kesihatan KKM masih terkawal, walau bagaimanapun tanda-tanda awal peningkatan kes mulai ada serta mengingatkan orang awam tidak terlalu selesa terutamanya yang berada di negeri Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara.

Tambahnya lagi, perkara yang paling membimbangkan dirinya adalah peningkatan kes yang serius sehingga kemasukan ke hospital terutama kes kritikal ketegori empat dan lima.

Peningkatan kes covid-19Sumber : Google 

Terdahulu, Khairy menyeru orang ramai yang telah mendapat temu janji dos penggalak vaksin COVID-19 menerima suntikan tersebut sekali gus tidak memilih-milih vaksin yang diberikan oleh pihak KKM.

Khairy Jamaluddin
3 years ago

"KKM Saran Ambil Dos Penggalak, Kesan Vaksin COVID-19 Turun Lepas Beberapa Bulan," - KJ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...