“KKM Saran Ambil Dos Penggalak, Kesan Vaksin COVID-19 Turun Lepas Beberapa Bulan,” – KJ

Berita

“KKM Saran Ambil Dos Penggalak, Kesan Vaksin COVID-19 Turun Lepas Beberapa Bulan,” – KJ

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaludin Abu Bakar memaklumkan bahawa kadar keberkesanan vaksin COVID-19 akan menunjukkan penurunan dari aspek keberkesanan selepas beberapa bulan.

Arak Timah
2 years ago

Keputusan 'U-Turn', Kabinet Setuju Kekalkan Jenama Arak Timah

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Khairy menggesa rakyat Malaysia agar mendapatkan tarikh janji temu dos penggalak vaksin COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemberian dos tambahan yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara seperti di Chile di mana Pfizer diberi kepada penerima Sinovac dan ia meningkatkan keberkesanan sehingga 95%.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau memberitahu mengenai perkara itu menerusi beberapa untaian twit di media sosial Twitternya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan sedang menilai kombinasi vaksin yang lain bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan serta akan mengumumkan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Buat masa ini, vaksin jenis Pfize-BioNtech telah diluluskan sebagai dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.

Suntikan dos tambahan itu amat disarankan bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi.

Orang ramai yang berada dalam kelompok tersebut akan menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...