Pengasas Ajaran Sesat PMYT Ditahan Pihak Polis

Trending

Pengasas Ajaran Sesat PMYT Ditahan Pihak Polis

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kemunculan sebuah ajaran sesat yang dinamakan sebagai Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) diketuai oleh seorang wanita berusia 39 tahun dengan gelaran Sittah Annur.

Sebelum ini, wanita yang menggunakan gelaran Sittah Annur itu telah mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan telah memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Advertisement

3 years ago

Ajaran Sesat PMYT, Sudah Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

Ajaran sesat wanita tersebut turut mendapat perhatian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Senator Idris Ahmad serta pihak polis sebelum ditahan pada 4 September di Shah Alam.

Pihak polis temui wang sumbangan pengikut PMYT bernilai RM84,721 ketika menahan wanita tersebut

Berdasarkan sumber daripada laman Twitter BERNAMA, pihak polis telah menemui sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 menerusi serbuan yang dibuat di rumahnya.

Pihak polis turut merampas lima telefon pintar, sekeping kad bank dan sepasang telekung yang dipercayai digunakan beliau sewaktu membuat Facebook Live.

Siasatan pihak polis mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang tersebut adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajaran sesat itu.

Permohonan tahanan reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni, wanita tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengasas PMYT

Sittah Annur selepas ditahan pihak polis – Sumber Twitter BERNAMA

Siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah atas dakwaan kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.

Tambahnya lagi, permohonan tahanan reman terhadap suspek dipohon dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...