Ajaran Sesat PMYT, Sudah Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

Trending

Ajaran Sesat PMYT, Sudah Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

Seorang wanita berusia 39 tahun menggunakan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran diasaskannya dikenali sebagai Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Wanita tersebut mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga yang bermula di Sabah dan telah memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Advertisement

3 years ago

Wujud Agama Melayu Dipercayai Ajaran Sesat, YADIM Tampil Lakukan Siasatan

Sejak enam bulan lalu, wanita tersebut dikesan menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik.

Selain itu, dia turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara sedar dengan Nabi Muhammad SAW serta merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Kumpulan PMYT pimpinan wanita tersebut kini diikuti sehingga 3,000 pengikut

Ajaran sesat PMYT

Wajah Sittah Annur – Sumber Harian Metro

Menerusi petikan sumber daripada Harian Metro, pengikut kumpulan ajaran sesat PMYT tersebut kian bertambah saban hari.

Pengikutnya bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan malah ada juga golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah dan guru.

Lebih merisaukan, dikhuatiri perkara berbahaya melibatkan penggunaan senjata api boleh berlaku kerana ada juga anggota polis serta tentera yang menjadi anggota kumpulan itu.

Sudah menggerakkan anggota untuk menyediakan peralatan di beberapa negeri bersempadan di utara tanah air sebagai persediaan jika peperangan tercetus

Wanita tersebut juga menambah yang mereka sudah menyenaraikan lokasi tertentu untuk anggotanya dari Malaysia dan Nusantara bergerak apabila peperangan tercetus sebagai tempat berlindung, berkumpul sebelum bergerak memerangi musuh.

Antara negeri yang dimaksudkan menjadi kubu pertahanan mereka memerangi musuh sebelum menggerakkan pasukannya mencari Imam Mahdi adalah seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Organisasi ajaran ini sangat tersusun. Mereka sudah bergerak dan merangka pelan sebaik peperangan berlaku

Antara pelan yang telah dirancang oleh mereka adalah melarikan diri ke kawasan pedalaman demi kelangsungan hidup dan akhirnya keluar dari Malaysia untuk bersatu dengan Imam Mahdi.

Perancangan pengikut ajaran ini sangat terperinci serta tersusun seolah-olah perancangan ahli tentera dan sebanyak 29 lokasi berkumpul iaitu 14 di Sabah serta Sarawak dan 15 lokasi di Semenanjung telah dirancang untuk pergerakan kumpulan itu.

Pelan perancangan ajaran sesat PMYT

Lokasi perjumpaan pengikut kumpulan ajaran sesat PMYT – Sumber Harian Metro

Ketua ajaran ini juga mewujudkan sistem pengecaman menerusi pemakaian tagging berwarna untuk pengikutnya dan setiap warna berkenaan akan melambangkan negeri yang diwakili oleh seseorang individu.

Mereka juga sudah menetapkan lima zon mewakili seluruh negeri di negara ini dengan warna tertentu, termasuk dua warna untuk pengikut dari Brunei serta Indonesia.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...